Kursus ICT, Advokasi Dan Membuat Penanda Buku
15 Disember 2016 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Selising telah menganjurkan kursus ICT kepada pelajar sekolah rendah di kawasan Selising pada 1 Oktober 2016 dan dijangka tamat pada penghujung bulan Disember 2016. Dengan tujuan memberi latihan secara praktikal kepada peserta dan memastikan peserta mahir dalam menggunakan komputer. Kursus ini diadakan selama 3 jam setiap hari Jumaat dan Sabtu pada setiap minggu iaitu pada jam 3.00 hingga 6.00 petang. Peserta bagi kursus ini terdiri daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 1 & 2 ( Darjah 1 hingga 6 ) seramai 10 orang peserta juga merupakan ahli PI Selising. Tenaga pengajar bagi kursus ICT ini adalah Pengurus Pusat Internet Selising.
Antara kursus ICT yang dijalankan pada bulan Oktober hingga Disember adalah kursus Microsoft Word, Microsoft Power Point dan perkongsian tentang Klik Dengan Bijak (KDB). Kursus ini tujuan untuk melahirkan peserta yang celik ICT dan memberi pendedahan yang sewajarnya tentang penggunaan ICT dalam melakukan kerja sekolah dan penggunaan ICT untuk kerja harian. Selain itu, PI Selising juga memberi galakan dan tunjuk ajar kepada peserta untuk membuat penanda buku kreatif yang dapat digunakan setelah buka cuti persekolahan nanti.
Tempat : Bilik Latihan PI Selising
Tarikh : Oktober – Disember 2016
Hari : Jumaat & Sabtu
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:
- Pengenalan komputer
- Belajar menaip surat kiriman rasmi
- Belajar menaip dialog
- Belajar membuat slide pengenalan diri
- Belajar membuat slide nama-nama bunga & cirinya
- Belajar membuat slide nama-nama binatang & cirinya
- Belajar membuat penanda buku kreatif
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: